Ahad, 21 Disember 2014

Walaupun hujan, homestay kami tetap menerima tetamu.


Salam..

Di Kuantan sekarang ni dah masuk musim hujan. Kadang-kadang hujan turun tak berhenti-henti hingga ada kawasan yang dilanda banjir. Semoga tahun ini kejadian banjir besar seperti yang melanda au kerana kawasan kamiBandar Kuantan seperti tahun lepas tidak berlaku lagi. InsyaAllah.
Walaupun hujan, operasi homestay kami masih berjalan seperti biasa. Untuk para tetamu kami, jangan risau kerana kawasan apartment kami tidak akan dinaiki air walaupun musim tengkujuh. Walaubagaimanapun, kami masihatkan agar tetamu kami tidak bermain di kawasan pantai kerana ombak yang agak besar.

Terima kasih untuk tetamu kami yang tiba hari ini iaitu En. Zaidin dan Kak Zila yang sudi menginap di apartment kami. Walaupun cuaca agak sejuk namun anak-anak mereka tidak melepaskan peluang bermain di waterpark. Semoga percutian En. Zaidin & Kak Zila serta keluarga di Kuantan berjalan dengan lancar.





 Anak-anak en. Zaidin dan Kak Zila tidak melepaskan peluang bermandi- manda di Waterpark.



Jumaat, 19 Disember 2014

Tetamu dari Bangi, Selangor


Salam...

Kali ini kami menerima tetamu dari Bangi, Selangor yang sudi menginap di apartment kami selama 3 hari 2 malam. Kami berharap Pn. Siti Aminah dan keluarga selesa dan bergembira menginap di sini.


 setiba sahaja di apartment terus ke taman tema yang disediakan.





Selasa, 16 Disember 2014

Homestay Kuantan: Bukan sekadar tempat persinggahan


Salam...

Rata-rata tetamu yang menginap di homestay kami amat berpuashati dengan kemudahan serta kelengkapan yang pihak kami sediakan. Terima kasih kepada tetamu kami atas segala komen serta cadangan yang diberikan untuk memastikan kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk semua tetamu dan berbaloi dengan harga yang dibayar.

 






Ahad, 14 Disember 2014

Tetamu dari Ukay Bestari, Kuala Lumpur


Salam....

Terima kasih kepada tetamu kami keluarga Puan Sri Intan Suraya dari Ukay Bestari, Kuala Lumpur yang sudi menginap di Apartment kami. Semoga semua anak-anak terhibur & gembira bermain di Waterpark Theme yang disediakan. Harap2 semuanya Enjoys..!!

Terima kasih juga kepada Puan Sri Intan Suraya yang sudi berkongsi gambar sekitar di apartment kami.

 Ketibaan tetamu kami disambut oleh kakitangan bertugas



 Anak-anak tidak sabar menghabiskan masa di Waterpark

 Kegembiraan anak-anak bermandi manda

Sebelum pulang customer wash & dry dahulu.. xde lah nanti penat bercuti balik nak fikir basuh baju pulak.. token FREE je kami bagi.


~Terima Kasih. Semoga Dapat Bertemu Kembali~
 

Jumaat, 12 Disember 2014

Terima kasih Puan Azza & Keluarga


Salam untuk semua...

Terima kasih kepada Puan Azza dan keluarga dari Bangi yang sudi menginap di Homestay kami buat pertama kali sempena promosi pembukaan kali ini. Semoga puan dan keluarga selesa di sini. Terima kasih juga kerana sudi berkongsi gambar-gambar sepanjang berada di apartment kami.

Pihak kami akan cuba memastikan tetamu kami menginap dalam suasana selesa dan ceria.



sumber gambar: Puan Azza Razaimi dan Keluarga.


Rabu, 10 Disember 2014

Nikmati Keriangan di Taman Tema yang disediakan..


Salam semua..

Gambar menceritakan segalanya. Terima kasih untuk tetamu yang menginap di sini. Anak-anak cukup gembira dapat menikmati taman tema di sini.